MALAYSIA
TVET Perak: Menyantuni warga emas, membentuk generasi prihatin
Bidang penjagaan warga emas kini mempunyai permintaan yang tinggi, termasuk khidmat penjagaan di rumah, hospital serta sebagai pengiring perubatan (medical escort).
IPOH: Kursus penjagaan warga emas yang ditawarkan di Perak bukan sahaja penting dalam memenuhi keperluan semasa, malah membuka peluang pekerjaan baharu kepada komuniti setempat, khususnya golongan belia menganggur dan kumpulan B40.
Ringkasan AI
Ketua Program Kejururawtaan Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Pek Yah San berkata, kursus yang ditawarkan berlangsung selama lima hari merangkumi aspek berkaitan penjagaan warga emas.
Menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 dan di bawah program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijalankan PASAK, kerajaan negeri dilihat menyediakan lebih banyak peluang kepada anak muda untuk mendapatkan pekerjaan serta menawarkan kursus dalam pelbagai bidang.
“Kami amat berterima kasih kepada kerajaan negeri melalui PASAK kerana memberi peluang kepada UniKL RCMP untuk terlibat secara langsung melatih peserta kursus ini dalam aspek penjagaan warga emas.
“Kursus ini berlangsung selama lima hari dengan gabungan sesi teori dan praktikal di makmal kemahiran (skill lab) bagi memastikan peserta benar-benar menguasai prosedur relevan sebagai penjaga warga emas,” katanya.
Bagi Mentor TVET Penjagaan Warga Emas, Haizul Fakarudin Mohamed Redzuan, bidang penjagaan warga emas kini mempunyai permintaan yang tinggi, termasuk khidmat penjagaan di rumah, hospital serta sebagai pengiring perubatan (medical escort).
“Ramai yang tidak melihat bidang ini sebagai kerjaya, sedangkan ia sangat diperlukan. Malah saya sendiri pernah terpaksa menolak permintaan kerana tidak mampu menampung jumlah warga emas yang memerlukan khidmat penjaga,” katanya.
Beliau menambah, bidang itu juga memberi pengalaman berharga kepada peserta kerana berurusan dengan warga emas memberikan kepuasan dan kebahagiaan tersendiri.
“Bagi yang masih mencari pekerjaan, cubalah ikuti kursus ini. Walaupun pada awalnya nampak remeh, tetapi bila belajar dengan fokus, ia sebenarnya satu bidang menarik dan penuh nilai kemanusiaan,” katanya.
Mereka berkata demikian dalam episod khas AWANI Pagi yang membawakan perkongsian berkaitan inisiatif TVET di Perak.
Ringkasan AI
- Kursus penjagaan warga emas di Perak menawarkan peluang pekerjaan kepada belia menganggur dan kumpulan B40, selaras dengan inisiatif TVET dan Pelan Perak Sejahtera 2030.
- Program lima hari kendalian UniKL RCMP merangkumi sesi teori dan praktikal, bertujuan melatih peserta menguasai kemahiran penjagaan warga emas secara menyeluruh.
- Permintaan tinggi dalam bidang penjagaan membuka ruang kerjaya baharu, dengan penekanan terhadap nilai kemanusiaan dan kepuasan dalam membantu golongan warga emas.