MALAYSIA
TVET Perak: Pusat sehenti latihan perkasa komuniti Orang Asli
Episod khas AWANI Pagi hari ini membawa perkongsian mengenai inisiatif kerajaan negeri Perak dalam memperkukuh ekosistem TVET di negeri itu.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Sehenti Orang Asli (Orang Asli One Stop Centre atau OAOSC) di Bawong, Sungai Siput, Perak menjadi pemangkin utama dalam memperkasa masyarakat Orang Asli melalui latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).
Ia selaras dengan usaha Kerajaan Negeri Perak memperluas penyertaan komuniti itu dalam sektor kemahiran.
Menurut Pengurus OAOSC Johari Zakaria, kerjasama erat antara Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kerajaan negeri dan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) membolehkan lebih ramai masyarakat Orang Asli mendapat akses kepada latihan kemahiran yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka.
“Setakat ini, kerjasama JAKOA dengan kerajaan negeri memang sangat baik. Kumpulan sasar kita adalah sama, iaitu Orang Asli.
"Di Sungai Siput sahaja ada kira-kira 12,000 Orang Asli, dan apabila PASAK datang beri kemahiran kepada mereka, kami sangat menyokong dan berbesar hati,” katanya.
Beliau berkata, program yang dijalankan bukan sekadar memberi kemahiran baharu, malah membantu peserta menjana pendapatan melalui pelbagai bidang, termasuk perkhidmatan kecantikan, jahitan dan keusahawanan kecil.
Sementara itu, mentor TVET Orang Asli, Teh Jaafar berkata, pengalaman yang diperoleh melalui latihan kemahiran di pusat sehenti itu bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, tetapi turut dikongsi bersama masyarakat sekitar.
“Kemahiran yang saya pelajari banyak membantu saya di sini. Saya juga berkongsi ilmu dengan penduduk di perkampungan Orang Asli berhampiran. Saya anjurkan kursus pendek supaya mereka dapat mengasah kemahiran masing-masing,” katanya.
Menurutnya, sokongan JAKOA dan kerajaan negeri dari segi penyediaan kemudahan serta peralatan latihan turut menjadi dorongan kepada pelatih untuk terus menimba ilmu tanpa perlu keluar dari kawasan penempatan.
“JAKOA banyak membantu dari segi peralatan dan premis. Kerajaan juga menyediakan kemudahan supaya penduduk di sini tidak perlu keluar jauh, lebih mudah untuk datang ke pusat latihan,” jelasnya.
Beliau turut menyasarkan untuk menarik lebih ramai golongan muda dan suri rumah Orang Asli menyertai latihan kemahiran jangka pendek di bawah PASAK atau agensi berkaitan.
“Saya nak galakkan lepasan SPM dan suri rumah yang minat bidang kemahiran, contohnya solekan. Kita boleh buat kelas jangka pendek.
"Apa yang saya boleh buat, mereka pun boleh buat, sama ada buka kursus sendiri atau bekerja di tempat masing-masing,” ujarnya.
Johari dan Teh berkata demikian dalam episod khas AWANI Pagi yang membawa perkongsian mengenai inisiatif kerajaan negeri Perak bagi memperkukuh ekosistem TVET.
Inisiatif OAOSC Bawong ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri khususnya bagi memastikan masyarakat luar bandar dan komuniti Orang Asli tidak ketinggalan dalam arus pembangunan kemahiran, keusahawanan dan sosioekonomi negeri.