awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TVET perkukuh daya saing negara, pilihan utama latih tenaga mahir - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
05/05/2025
22:30 MYT
TVET perkukuh daya saing negara, pilihan utama latih tenaga mahir - Ahmad Zahid
AHMAD ZAHID: Terdapat pelbagai institusi TVET di seluruh negara yang menawarkan kursus dalam bidang yang menarik seperti automotif, elektrik, masakan, teknologi maklumat, jahitan dan perhotelan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi dianggap pilihan kedua sebaliknya menjadi platform utama dalam melahirkan tenaga kerja kompetitif sekali gus memperkukuhkan daya saing negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara berkata bidang itu turut berperanan sebagai platform penting untuk siswazah meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"Terdapat pelbagai institusi TVET di seluruh negara yang menawarkan kursus dalam bidang yang menarik seperti automotif, elektrik, masakan, teknologi maklumat, jahitan dan perhotelan.
"Mari jadikan TVET sebagai pilihan utama kerjaya. Jom masuk TVET!," katanya menerusi hantaran di platform X.
Menerusi infografik yang dikongsikan bersama hantaran tersebut, setakat ini terdapat 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 kerajaan negeri.
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata permohonan UP_TVET Perdana bagi pengambilan Julai telah dibuka dengan dua kategori pemohonan.
Bagi kategori kursus yang memerlukan temuduga permohonan dibuka hingga 30 Mei ini manakala kursus tanpa temuduga permohonan dibuka hingga 15 Jun.
Individu yang berminat boleh melayari laman sesawang rasmi di mohon.tvet.gov.my untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TVET
#Ahmad Zahid Hamidi
#pilihan utama tenaga mahir
#pengiktirafan di peringkat antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami