awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitterjaya aktif bincang persembahan Psy

Syafique Shuib
Syafique Shuib
03/02/2013
10:55 MYT
Twitterjaya aktif bincang persembahan Psy
Penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu bakal membuat persembahan di rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang.
Majlis dijangka dihadiri oleh 60,000 tetamu.
Namun disebalik berita gembira itu, ada juga laporan yang mendakwa bayaran untuk penyanyi itu bukan calang-calang, malah dikatakan mencecah RM2 juta untuk menyanyi lagu popular beliau “Gangnam Style”.
Warga Twitterjaya antara yang sibuk memberi reaksi sejurus mendengar berita itu.
Ada yang mengalu-alukan kehadiran penyanyi terkenal ini:
“@RunKaura walaupun tak berapa minat tapi tetap "welcome to Malaysia PSY" :)”
"@amal_azahar: Psy datang Malaysia bulan 2? Sambut tahun baru cina kat Malaysia :D . Terbaikk.”
Namun ada juga yang kurang senang dengan kehadiran penyanyi “Gangnam Style” ini. Mereka berpendapat jumlah yang didakwa dibayar kepada Psy agak tinggi.
“@IAY94 1 lagu untuk RM 2 juta? buat apalah ajak PSY mai Malaysia . tak bankrup ke negara bayar RM 2 juta utk 1 lagu ? bpe lagu dia perform?”
“@zaridabwa: Kesah plak PSY nak mai Malaysia. Satu lagu je korang tau. Dia nyanyi lagu lain kang korang nganga ja”
“@FarhanaFz PSY dtg Malaysia just for CNY? 1 LAGU dh brp ribu juta. Membazir je setakat PSY buat Gangnam”
Ada yang mahukan majlis sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan dengan persembahan penyanyi tempatan.
“@remysamsul: PSY ? datang perform untuk CNY ? membazir je sume nie .. panggil siti ke , yuna ke dah lah .. nk korea2 nie pahal .. ini Malaysia.”
“@marlianaz: Saya sebenarnya kecewa psy didatangkan, walaupun saya tak sambut cny..apa kurangnya penyanyi cina malaysia? budak2 kecik tu comel pe.”
Psy yang terkenal menerusi tarian ‘kuda’ mengaitkan tarian beliau dengan tarian Kuda Kepang.
“@pegasus_x: PSY kau datanglah Malaysia. Nanti Kau tengok Tarian Kuda Kepang , baru kau tahu langit tinggi ke rendah."
Yang jelas apa sahaja yang membabitkan penyanyi itu pasti mengundang pelbagai reaksi dari Twitterjaya tidak kiralah yang positif mahupun sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Gangnam Style
#PSY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan