awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong, Hendrawan rangka strategi terbaik hadapi Terbuka Malaysia

Bernama
Bernama
08/01/2023
10:09 MYT
Tze Yong, Hendrawan rangka strategi terbaik hadapi Terbuka Malaysia
Tze Yong (gambar) bakal bertemu jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, jika berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong sudah melakukan persiapan rapi bagi penampilan sulungnya secara merit di kejohanan Terbuka Malaysia 2023, yang akan membuka tirai di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selasa ini.
Pemain berusia 22 tahun, yang berada di ranking ke-25 dunia itu, bakal bertemu pemain ke-28 dunia Nhat Nguyen dari Ireland pada pusingan pertama.
Menjangkakan tempoh perlawanan yang panjang dan sukar, Tze Yong telah merangka strategi perlawanan terbaik dengan jurulatihnya, Hendrawan.
"Saya mengaku (cara bermain) semua pemain tidak sama, jadi kita kena tunggu hari perlawanan untuk tengok gaya seseorang.
"Saya rasa sekarang pemain utama dalam sesuatu kejohanan, mereka memang akan main perlawanan yang panjang, jadi sudah semestinya saya menjangka situasi sebegitu," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.
Tze Yong bakal bertemu jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, jika berjaya mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut.
Terdahulu, Tzwe Yong, juara Cabaran Antarabangsa Bahrain pada Disember lalu, dilantik sebagai duta minuman isotonik,100PLUS, bagi tempoh dua tahun iaitu bermula tahun ini hingga 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ng Tze Yong
#Terbuka Malaysia
#hendrawan
#Lee Zii Jia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan