NATIONAL
U Mobile ketengahkan 'SUARAKU', inisiatif golongan pekak, bisu sampaikan ucapan raya
SUARAKU yang dibintangi Zamarul Hisham, mengisahkan kasih seorang ayah terhadap anaknya, Lina, yang mengalami masalah pendengaran dan percakapan.
KUALA LUMPUR : Penyedia perkhidmatan mudah alih, U Mobile mempersembahkan filem pendek, SUARAKU sebuah naskhah yang memaparkan insiatif golongan pekak dan bisu mencipta ucapan raya menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
SUARAKU yang dibintangi Zamarul Hisham, mengisahkan kasih seorang ayah terhadap anaknya, Lina, yang mengalami masalah pendengaran dan percakapan.
Si bapa berjanji untuk memastikan Lina dapat mendengar dan bercakap seperti orang biasa.
Namun, disebabkan kos rawatan yang terlalu tinggi, bapanya hampir hilang harapan.
Lina bagaimanapun tidak berputus asa dan tekad mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan teknologi AI untuk merapatkan jurang komunikasi dengan bapanya.
U Mobile berharap SUARAKU dapat menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan menggabungkan teknologi generasi baharu seperti realiti terimbuh (AR) dan AI, bagi memberikan pengalaman perayaan yang interaktif dan unik kepada setiap keluarga.
Filem ini boleh ditonton dalam saluran YouTube rasmi U Mobile dan semua platform media sosial U Mobile.