awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
14/12/2023
15:13 MYT
UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, hasrat itu terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "The UAE Consensus" iaitu konsensus yang dicapai pada Persidangan Negara Ahli Kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-28 (UNFCCC-COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam merupakan satu titik bersejarah dalam komitmen global menangani isu perubahan iklim, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata ini kerana buat pertama kalinya dalam sejarah diplomasi iklim multilateral, negara-negara ahli bersetuju agar usaha global untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dibuat selari dengan laluan 1.5 Celsius, selain turut bersetuju untuk melaksanakan peralihan sistem tenaga ke arah mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
"Hasrat ini terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris.
Di bawah keputusan itu, usaha peralihan ini akan dilaksanakan secara adil dan saksama berpandukan prinsip ekuiti, tanggungjawab bersama dengan beban berbeza mengikut keupayaan tersendiri (CBDR-RC) seperti yang termaktub di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata ini juga merupakan julung kalinya sebuah keputusan dicapai pada hari pertama persidangan UNFCCC-COP28 yang turut menyaksikan penubuhan Dana Kerugian dan Kerosakan bagi menangani, mengurangkan dan meminimumkan kerugian dan kerosakan akibat impak perubahan iklim.
"Beberapa negara telah memberikan komitmen sumbangan kewangan kepada tabung ini, bagaimanapun akses dan pengagihan dana tersebut perlu dibuat dengan cekap dan teratur.
Oleh yang demikian, tumpuan utama dalam pengoperasian dana ini adalah mengenai tadbir urus dana ini yang perlu dibuat secara telus dan ia masih memerlukan banyak komitmen kewangan dari negara-negara maju," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia telah melaksanakan banyak perkara berkaitan perubahan iklim, dan mampu untuk melaksanakan lebih banyak lagi malah juga bersedia untuk menyatakan cita-cita yang lebih tinggi dengan sokongan daripada negara-negara maju.
Katanya walaupun sedar jalan ke arah itu mungkin mencabar, kementeriannya tetap teguh dan bertekad untuk mengemudi laluan transformasi berkenaan.
Malah semasa segmen peringkat tinggi Persidangan ke-28 Pelbagai Pihak (COP28) pada 9 Dis lepas, beliau telah menyebut bahawa semua negara harus menyumbang untuk memerangi perubahan iklim, berdasarkan prinsip ekuiti dan tanggungjawab bersama tetapi dibezakan dan keupayaan masing-masing (CBDR-RC).
"Malaysia telah berjanji untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding tahun 2005 dan turut berhasrat mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih, melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Karbon Rendah Jangka Panjang (LT-LEDS) yang dijangka dimuktamadkan pada awal 2024.
Selain itu, di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR), Malaysia merancang untuk menyahkarbon sektor tenaga dan industri dalam negara dengan meningkatkan sumbangan tenaga boleh diperbaharui dalam kapasiti terpasang tenaga dari 25 peratus kepada 70 peratus pada 2050," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini berkaitan COP28 di sini
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#UAE consensus
#COP28
#perubahan iklim
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan