MALAYSIA
UAE destinasi pertama PM Anwar bawa misi Malaysia perkukuh hubungan diplomatik

Anwar akan memulakan siri lawatan rasmi kali ini dengan berlepas ke UAE, kemudian ke London, United Kingdom disusuli ke Brussels, Belgium dan berakhir ke WEF 2025 di Davos, Switzerland. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan siri lawatan ke beberapa negara dengan perjalanan pertamanya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim memulakan lawatan ke UAE untuk menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week dan bertemu pemimpin UAE.
- Lawatan diteruskan ke London, Brussels, dan Davos untuk memperkukuh hubungan strategik, membincangkan isu global, dan menghadiri Forum Ekonomi Dunia 2025.
- Anwar memohon doa agar perjalanan dan perancangan delegasi Malaysia berjalan lancar serta membawa manfaat besar kepada negara.
“Usai lawatan kerja di UAE, saya akan berlepas ke London, United Kingdom sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan strategik kedua-dua negara termasuk pertemuan dengan rakan sejawat saya Perdana Menteri Britain, Keir Starmer.
“Saya kemudiannya akan ke Brussels, Belgium untuk menghadiri beberapa agenda penting termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo selain sesi bersama Presiden Majlis Eropah Antonio Costa,” katanya dalam hantaran di media sosial pada Ahad.
Siri lawatan ini berakhir dengan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland bagi membahaskan pelbagai isu dunia termasuk soal ketidaktentuan perubahan iklim dan pembangunan teknologi.
“Mohon dititipkan doa agar perjalanan saya dan delegasi Malaysia dipermudah selain kesemua perancangan yang diatur mendapat keberkahan lantas membawa hasil yang besar kepada rakyat dan negara, Insya-Allah,” ujarnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami