Ubah mentaliti pemimpin sebelum minta rakyat tukar sikap - Musa Hassan

Wan Syamsul Amly
Mei 4, 2015 08:37 MYT
MUSA: Ubah mentaliti pemimpin sebelum minta rakyat tukar sikap - Gambar fail
Kepimpinan tertinggi negara harus mengubah mentaliti, sikap serta corak pentadbiran kerajaan terutama terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum meminta rakyat menukar persepsi negatif terhadap badan itu.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, rakyat hanya akan mengikut setiap perubahan selepas pemimpin berkenaan menukar corak mentalitinya.
"Jika ia benar dan tidak mendengar apa yang dikatakan orang lain, cubalah memperbaiki sistem kepolisian negara sedia ada dalam lima tahun pelan transformasi ini.
"Mungkin perubahan polisi atau pemimpin kini hanya mahu lebih popular tanpa mengambil tindakan drastik yang sewajarnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

@afralabdullah @NyugemB @MsiaChronicle its the top leaders who must first change their mentality & attitude then it will be followed .

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata akan mentadbir negara dengan sebaik dan seadil mungkin agar Malaysia di bawah pimpinan beliau mencapai tahap kemajuan kejayaan yang diimpikan seperti mana tuntutan Islam.
Kata Najib, sebagai pemimpin yang dipilih rakyat pula, kerajaan di bawah pimpinan beliau akan menjalankan amanah yang diberi dan lebih daripada itu, menunaikan tanggungjawab terhadap Allah sebagai pemimpin.
Dalam pada itu kata Musa, tiada pihak boleh membuat tanggapan setiap laporan dibuat kepada polis tidak diambil tindakan.
"Sesiapa yang membuat laporan harus mengemukakan saksi yang adil di dalam penyiasatan. Tindakan pasti diambil jika ada penyelewengan berlaku," ujarnya.

@afralabdullah @NyugemB @MsiaChronicle if its d truth dont care wat other pple think tried 2 improve d police through 5yrs tranformatn plan.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@afralabdullah @NyugemB @MsiaChronicle maybe change of policy or leaders now wants to be popular without taking drastic action.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu kata Musa, dalam usaha memantapkan khidmat anggota polis, setiap kereta peronda pernah dicadangkan mempunyai alat perakam video masing-masing untuk tujuan pemantauan.

@afralabdullah @NyugemB @MsiaChronicle i hv even suggested before that police patrol cars be fitted with video cams to record police action.

— Musa Hassan (@TSMusaHassan) May 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kolaborasi dan kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera.
Tegas Khalid, polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, rakyat dan pasukan keselamatan saling memerlukan bantuan masing-masing.
Tambahnya, konsep kepolisan masyarakat atau 'community policing' telah diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan polis, terutamanya aspek pencegahan jenayah.
#Khalid #MUSA #PDRM #polis