awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram

Nazim Chee
Nazim Chee
18/11/2020
07:29 MYT
Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram
Anyi Ngau berpendapat kaedah penyerahan BPN sedia ada menambah beban buat penduduk pedalaman yang perlu berkorban masa dan wang untuk ke bandar bagi mendapatkannya. - Foto miri.sarawak.gov.my
KUALA LUMPUR:Ahli Parlmen Baram Anyi Ngau menarik perhatian Dewan Rakyat hari ini berhubung kaedah pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di pedalaman.
Menurut Anyi, bantuan yang sepatutnya meringankan beban rakyat itu sebaliknya menambah satu lagi beban buat mereka yang terpaksa ke bandar atau pekan bagi mendapatkannya.
Itu tidak termasuk kos yang terpaksa ditanggung untuk tambang bot dan penginapan.
“Modus operandi yang diguna pakai oleh agensi yang terlibat melaksanakan prihatin (BPN) ini tidak sesuai bagi mereka (penduduk pedalaman).
“Apabila mereka hendak mendapatkan bantuan prihatin ini mereka perlu melalui jalan yang jauh, harga sewa (bot) yang tinggi dan mereka perlu ke bandar seperti Miri untuk menerima bantuan ini.
“Jadi nilai sebenarnya tidaklah seperti yg diumumkan,”ujar Anyi Ngau.
Justeru beliau mencadangkan agar agensi yang terlibat turun padang bagi menyampaikan sendiri bantuan ini kepada penduduk pedalaman.
Ujarnya kaedah itu pernah digunakan ketika pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) satu ketika dahulu.
“Modus operandi ini MO ini telah dibuat semasa BR1M satu ketika dahulu yang mana pejabat daerah dan agensi lain seperti polis serta wakil bank pergi ke kampung, rumah panjang dan agihkan BPN ini kpd mereka,”tambahnya.
Selain isu berkenaan Anyi turut menarikperhatian kementerian berkaitan mengenai keperluan naik taraf jalan balak di kawasan Baram, isu capaian internet bagi memudahkan pembelajaran dari rumah serta status pembinaan semula Klinik Kesihatan Long Lama yang dihempap tanah runtuh tahun ini.
Topic Berkaitan
#BPN
#Sarawak
#Baram
#Miri
#polis
#Parlimen
#kesihatan
#tanah runtuh
#bot
#Dewan Rakyat
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan