awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2017
06:20 MYT
Ubah wang haram: Bekas exco Johor, anak, perunding hartanah mengaku tidak bersalah
Abdul Latif didakwa melakukan kesemua kesalahan dilakukan sekitar Johor Bahru pada antara Disember 2013 hingga Disember 2016. - Gambar fail
Bekas Exco Johor bersama anaknya serta seorang perunding hartanah mengaku tidak bersalah terhadap 21 pertuduhan melibatkan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA) melibatkan nilai RM35.8 juta di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor.
Datuk Abdul Latif Bandi, 51, Ahmad Fauzan Hatim Abdul Latif, 25, dan Amir Shariffuddin Abd Raub, 44, bagaimanapun faham pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Tertuduh pertama, Abdul Latif terlibat dalam 13 pertuduhan melibatkan RM17,590,890 mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.
Abdul Latif didakwa melakukan kesemua kesalahan dilakukan sekitar Johor Bahru pada antara Disember 2013 hingga Disember 2016.
Hakim menetapkan RM500,000 tunai sebagai wang jaminan dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin dituduh dengan masing-masing empat pertuduhan bernilai RM18.2 juta mengikut Seksyen 4 (1) (a) AMLA.
Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan itu pada November 2014 hingga Disember 2016 di beberapa bank seluruh Johor Bahru.
Hakim menetapkan RM200,000 sebagai jaminan terhadap Ahmad Fauzan, dan RM400,000 jaminan terhadap Amir Shariffuddin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Asnawi Abu Anifah.
Abdul Latif dan Ahmad Fauzan diwakili peguam yang diketuai, Datuk Hasnal Rezua Merican, manakala Amir diwakili peguam Azrul Z. Stork.
Mahkamah menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula.
Topic Berkaitan
#AMLA
#EXCO Johor
#keganasan
#mahkamah'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan