Ucapan netizen sempena sambutan Hari Guru 2019

Afiq Ariffin
Mei 16, 2019 02:33 MYT
Rata-rata netizen mengucapkan ucapan terima kasih kerana mendidik mereka sehingga menjadi seorang manusia. -foto Astro AWANI
KERJAYA sebagai seorang guru sememangnya penuh dengan liku dan cabaran.
Ia memerlukan kesabaran, kecekalan dan ketabahan dalam mendidik anak bangsa agar mereka menjadi manusia berguna.
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai sambutan Hari Guru Kebangsaan di Malaysia setiap tahun bagi menghargai jasa baik guru yang bertungkus-lumus memperjuang masa depan anak bangsa.
Sempena sambutan Hari Guru tahun ini, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” telah dipilih sebagai tema.
Baru-baru ini, Astro AWANI memuat naik gambar ucapan selamat Hari Guru Kebangsaan dan muat naik tersebut mendapat perhatian daripada netizen seluruh Malaysia.
Rata-rata netizen mengucapkan ucapan terima kasih kerana mendidik mereka sehingga menjadi seorang manusia.
Berikut merupakan antara perkongsian menarik yang kami terima.

Selamat hari guru... terima kasih diatas segala pengorbanan Cikgu mendidik kami...sehingga kami menjadi seperti hari ini...tanpamu siapalah kami Kaulah lilin, kaulah permata, kaulah cahaya buat kami Semoga Allah sentiasa merahmati

— Noriah Yaakub (@tunasmath) May 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada juga netizen yang memilih menjadi pendidik sebagai kerjaya mereka.
Selain netizen, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarang Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman turut menyampaikan ucapan khas buat gurunya.
Menariknya, guru itu membalas muat naik tersebut dengan ucapan yang menyentuh hati.
#anak #Astro Awani #guru #Hari Guru Kebangsaan #pendidik #ucapan