awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut bunuh ibu hanya kerana tak dibenar guna motosikal

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/07/2022
14:04 MYT
Ugut bunuh ibu hanya kerana tak dibenar guna motosikal
Seorang lelaki ditahan kerana mengugut untuk membunuh ibunya di rumah mereka di Bandar Perdana, Sungai Petani hari ini. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditahan kerana mengugut untuk membunuh ibunya di rumah mereka di Bandar Perdana, Sungai Petani hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku jam 2 petang, ketika lelaki berusia 20 tahun yang bekerja kilang baru tiba di rumah lalu meminta untuk menggunakan motosikal milik ibunya.
“Bagaimanapun ibu suspek tidak membenarkannya menggunakan motosikal itu kerana suspek sudah tiga hari tidak pulang ke rumah.
"Suspek tiba-tiba berang lalu mengambil sebilah pisau terus menerpa ke arah ibunya dan mengugut mahu membunuh ibu dan adik-beradik lain sekiranya tidak membenarkan dia menggunakan motosikal terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas Zaidy, ibu suspek yang bimbang dengan keselamatannya dan anak yang lain terus bertindak menghubungi polis.
Katanya, sebaik anggota unit peronda polis (MPV) tiba, mereka terus menahan suspek di rumahnya.
Suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#ugut bunuh
#ugut ibu
#motosikal
#Bandar Perdana
#Sungai Petani
#Seksyen 506 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan