Gara-gara bimbang syarikat diisytihar muflis, seorang lelaki bertindak mengugut rakan kongsinya untuk meletupkan mereka berdua menggunakan bom tangan.
Suspek bagaimanapun ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung ugutan berkenaan.
Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan itu di sebuah kondominuim dekat Jalan Kuchai Lama, di sini hasil risikan anggota polis.
Polis turut merampas sebuah objek dipercayai bom tangan.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Roslan Khalid berkata, polis belum memastikan sama ada bom tersebut palsu ataupun tidak.
"Bom itu pun kita belum pasti lagi sama ada bom palsu ataupun tidak dan kita sedang menjalankan siasatan.
“Buat masa ini, untuk makluman semasa kejadian kita dah tutup semua blok (kondominium) ini supaya jangan ambil risiko. Jadi sekarang ini unit bom dan unit K9 sudah memeriksa kawasan tersebut dan ia didapati selamat," katanya.
Objek dipercayai bom tangan itu ditemui tertanam di perkarangan kondominum terbabit.
Setakat ini, motif sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api.
Bagaimanapun, polis menolak andaian ia membabitkan kegiatan pengganas.
Astro Awani
Sat Jan 13 2018
Suspek bagaimanapun ditahan polis selepas mangsa membuat laporan berhubung ugutan berkenaan.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Warga emas maut akibat letupan bom buatan sendiri
Mangsa yang berusia 60an itu ditemui di kawasan bangunan sarang burung walet di Kampung Bukit Kuah.
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan itu pada jam 1.30 petang Isnin.
Pesan telefon pintar dapat bom tangan
Bom tangan yang diterima itu seperti pernah dilihat dalam filem Rambo.
Lebih sedozen terbunuh dalam serbuan antidadah di Brazil
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh pada Rabu dalam siri terbaharu operasi antidadah di Rio de Janeiro, Brazil yang menyaksikan sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh sejak Jumaat.
Lima anggota tentera India terbunuh dalam serangan di Kashmir
Bom tangan kemungkinan digunakan dalam serangan itu yang turut menyebabkan kenderaan berkenaan terbakar.
Seorang terbunuh, lima cedera dalam letupan di Montenegro
Terdahulu, timbul beberapa laporan palsu berkenaan letupan di ibu kota negara itu sebagai protes terhadap kerajaan.
Lelaki ditembak mati, kumpulan penjenayah aktif sejak 2009 tumpas - Polis
Polis menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang bergerak aktif sejak 2009 dengan menembak mati seorang lelaki dan menahan lapan suspek yang lain, dalam beberapa operasi di Lembah Klang, pada Sabtu lep
Filipina Memilih: 9 cedera akibat letupan bom tangan di pusat mengundi
Insiden berlaku beberapa jam sebelum waktu mengundi bermula.
Bom tangan ditemui bawah tempat duduk pemandu, tiga ditahan
Dalam kejadian pada Khamis, polis menemui bahan letupan itu susulan penemuan dua lagi senjata lain di but kereta jenis Toyota Vios.
Dua butir bom, lebih 600 peluru ditemui dalam stor pili bomba
Berikutan penemuan itu, sepasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang bergegas ke lokasi kira-kira jam 9 malam bagi melakukan pemeriksaan.