KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Dalam ciapan di Twitter, beliau berkata rakyat negara ini harus mengikut undang-undang sedia ada dan tidak melakukan tindakan luar batas.
"Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang. Patuhi undang-undang, jangan mengambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda, mengancam nyawa,
"Follow the law, don’t take matters into your own hands," katanya menerusi ciapan tersebut pada Khamis.
Kenyataan itu dibuat berhubung gambar-gambar kenderaan yang didakwa milik pengarah dan pelakon-pelakon filem Mentega Terbang dirosakkan selain nota ugutan daripada individu tidak dikenali yang tular di platform media sosial itu.
Terdahulu, tular empat gambar di Twitter yang menunjukkan kereta jenis Toyota dan Proton disimbah cat dan asid, selain turut dipaparkan nota berbaur ugutan mengancam nyawa mangsa sekeluarga pada cermin kereta terbabit.
Sementara itu, media melaporkan polis telah membuka kertas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 507 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan daripada mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu berlaku di dua kawasan iaitu Kajang dan Ampang Jaya membabitkan kes simbah cat kereta dan meninggalkan nota ugutan.
Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan dengan fahaman serta kepercayaan agama.
Hakim Rahman
Thu Mar 16 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata rakyat negara ini harus mengikut undang-undang sedia ada dan tidak melakukan tindakan luar batas. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Kurangkan beban, KPM kaji keperluan wujudkan pembantu guru
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengkaji keperluan mewujudkan pembantu guru bagi mengurangkan beban tugasan yang perlu digalas guru ketika ini, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Ugut pengarah Mentega Terbang: Jangan ambil tindakan sendiri, luar batasan - Fahmi
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak mengambil sebarang tindakan sendiri yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.