Ugut tetak isteri dengan kapak kerana tak belikan kereta idaman

Radhi Muslim
Mac 26, 2019 13:51 MYT
Menurut polis, kapak yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas. - Foto ihsan PDRM
Seorang lelaki yang dipercayai mengugut mau menetak isterinya dengan kapak ditahan polis dalam satu kejadian di Kampung Sapagaya Hilir, di sini pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, suspek berumur 26 tahun itu mengamuk apabila isterinya berumur 45 tahun tidak membelikan kereta idaman hatinya.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berkenaan berlaku pada Khamis minggu lalu.
"Namun mangsa hanya melaporkan kejadian pada pihak polis pada Isnin.
"Dalam kejadian itu, ketika berada di bawah kolong rumah mereka, berlaku pertengkaran antara pasangan terbabit.
"Di mana suspek disyaki marah apabila mangsa tidak membelikan kereta seperti diinginkannya," katanya ketika dihubungi, pada Selasa.
Menurutnya, suspek betindak menampar mangsa lalu mengambil kapak mengugut mahu menetak serta membakar rumah mereka.
"Kerana ketakutan, mangsa berpura-pura akan menunaikan permintaan suaminya sebelum melarikan diri ke rumah keluarga pada keesokan hari dan seterusnya membuat laporan polis.
"Suspek yang turut didapati positif dadah kemudiannya ditahan dan kapak yang digunakan suspek ketika kejadian turut dirampas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," kata Nasri lagi.
#ampung Sapagaya Hilir #kereta idaman #Ketua Polis Daerah Lahad Datu #Seksyen 323 Kanun Keseksaan #Seksyen 506 Kanun Keseksaan #tetak isteri dengan kapak