MALAYSIA
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Remaja itu juga diperintah menghadiri bengkel interaktif anjuran pusat ditetapkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 93(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sepanjang tempoh dua tahun itu. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun yang mengugut mencederakan rakan sekelas perempuannya pada Oktober tahun lepas diperintahkan Mahkamah Majistret di sini hari ini menjalani bon berkelakuan baik selama dua tahun.
Ringkasan AI
Majistret Mason Jaro Lenya Barayan turut mengarahkan tertuduh melapor diri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching sekali setiap dua bulan, selain membenarkan jaminan tanpa deposit berjumlah RM500 bagi bon berkenaan dengan ibu bapa atau penjaga sebagai penjamin.
Remaja itu juga diperintah menghadiri bengkel interaktif anjuran pusat ditetapkan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 93(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sepanjang tempoh dua tahun itu.
Terdahulu, pelajar itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan ugutan jenayah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan, pada 21 Okt 2025 kira-kira 2.40 petang di sebuah sekolah di Padawan, tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa dengan niat menimbulkan ketakutan untuk menikam mangsa sebanyak 300 kali dan merogolnya.
Ugutan tertuduh menyebabkan mangsa ketakutan, menangis dan mengalami trauma sehingga bimbang untuk hadir ke sekolah, dengan beberapa rakan sekelas menyaksikan kejadian itu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas tidak lagi mampu menahan tingkah laku berlebihan berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aidil Akmal Sharidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelajar lelaki 13 tahun yang mengugut rakan perempuan diarah bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret.
- Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan pelajar itu melapor diri ke JKM Bahagian Kuching setiap dua bulan, serta menghadiri bengkel interaktif selama dua tahun.
- Pelajar itu mengakui ugutan jenayah terhadap mangsa, menyebabkan ketakutan dan trauma pada mangsa yang akhirnya membuat laporan polis.