Ugut Zaid dengan penukul, Jamal Yunos ditahan polis

Hakim Rahman
Disember 9, 2017 14:02 MYT
Jamal ditahan kira-kira jam 9 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. -Gambar fail
Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya yang didakwa mengancam ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim.
Jamal ditahan kira-kira jam 9 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Dia disiasat mengikut Seksyen 504 / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Setakat ini masih tidak diketahui jika Jamal akan direman atau dibebaskan dengan jaminan.
Pada Jumaat, Jamal bersama beberapa pengikutnya mengadakan bantahan terhadap Zaid dengan membawa penukul dan memukul replika Zaid gara-gara tindakan ahli politik pembangkang itu yang mempertikai titah Sultan Selangor.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia dilapor memberi kata akhir kepada pihak berkuasa untuk menangkap Zaid sebelum mereka mengambil tindakan sendiri.
#Akta Kesalahan Kecil #DAP #IPD Dang Wangi #Jamal Md Yunos #penukul #replika Zaid #Seksyen 14 #Seksyen 504 #Sultan Selangor #Zaid Ibrahim