awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26

Bernama
Bernama
04/11/2019
00:42 MYT
UIAM johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26
Pendebat dari UIAM, dari kanan, Anis Afina, Muhammad Ilham, Muhammad Wafi dan Muhammad Aniq meraikan kejayaan selepas berjaya muncul johan pertandingan akhir Debat Alam Sekitar di UniSZA malam tadi. --fotoBERNAMA
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dinobat sebagai johan Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-26 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini malam tadi, dengan mengalahkan pendebat dari 27 buah Institusi Pengajian Tinggi.
UIAM yang dibarisi empat pendebat iaitu Muhammad Ilham Hafiz Azmi, Muhammad Wafi Anwar Roslan, Muhammad Aniq Qawiem Mohd Sazaly dan Anis Afilna Hassan Sanusi, kesemuanya berusia 19 tahun, pulang dengan hadiah piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM8,000 dan sijil penyertaan.
Selain kemenangan pasukan, Muhammad Wafi Anwar yang juga mahasiswa tahun satu Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim diumumkan sebagai pendebat terbaik, sekali gus melayakkan beliau membawa pulang hadiah termasuk wang tunai RM2,000.
Muhammad Wafi Anwar berkata kemenangan itu adalah hadiah manis buat pasukannya yang baru memulakan semester pertama pengajian di UIAM.
"Debat alam sekitar amat berbeza dan lebih mencabar berbanding debat lain yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia memerlukan kami meneroka fakta yang lebih mendalam tentang alam sekitar dan memahami isu berkaitan supaya dapat mengemukakan hujah yang padat dan mantap," katanya.
Naib johan diraih Universiti Malaya yang membawa pulang hadiah piala iringan, wang tunai RM5,000 dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga dirangkul oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memenangi piala iringan, wang tunai RM1,500 dan sijil penyertaan.
Isnaraissah berkata selain mengasah bakat berpidato, pertandingan debat alam sekitar yang diadakan setiap tahun dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang semakin tercemar.
Menurut beliau banyak isu yang boleh diketengahkan sebagai tajuk perdebatan, antaranya pemanasan global dan pemanasan iklim yang banyak dibahas di peringkat antarabangsa.
"Pada tahun ini juga kita lakukan kelainan iaitu tidak menyediakan air minuman dalam botol serta tidak langsung menggunakan kertas sepanjang pertandingan bagi sebarang tujuan untuk mengelak pencemaran dan menyelamatkan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#debat
#Debat Alam Sekitar
#Isnaraissah Munirah Majilis
#johan
#mahasiswa
#pelajar
#pendebat terbaik
#pidato
#UIAM
#UniSZA
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#universiti malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan