awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM Lendu mohon maaf video seram tersebar

Sinar Harian
Sinar Harian
30/10/2023
01:10 MYT
UiTM Lendu mohon maaf video seram tersebar
Pihak universiti juga menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan kepada pelajar yang terkesan dengan kandungan video itu. - Foto fail
SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka memohon maaf di atas kebimbangan orang ramai berhubung video TikTok kisah seram yang berlaku di UiTM kampus Alor Gajah, Lendu.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka memaklumkan, pihaknya mengambil maklum termasuk tindakan bagi menangani perkara tersebut.
"Pihak pengurusan telah menyiasat kesahihan video berkenaan dan menasihati individu yang terlibat," katanya dalam kenyataan itu pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, hasil siasatan video berkenaan merupakan pengalaman peribadi mereka dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus tersebut.
"Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti.
"Pihak universiti juga menyediakan khidmat kaunseling dan sokongan kepada pelajar yang terkesan dengan kandungan video itu," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, semua kakitangan residen di kolej kediaman cakna akan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar ketika di kolej. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kisah seram
#UiTM Lendu
#video tular
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan