awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM mohon maaf kes kebocoran data lebih 11,000 pemohon

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2023
12:07 MYT
UiTM mohon maaf kes kebocoran data lebih 11,000 pemohon
Pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan emel pemohon sebagai pautan tidak selamat. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM : Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Selasa memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan hingga berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.
Menerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan bahawa pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan emel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini telah dilakukan.
Ia susulan seorang pengguna Twitter, @imraimy mendakwa bahawa UiTM baru sahaja menerbitkan senarai hampir 12,000 nombor kad pengenalan dan emel pemohon sebagai pautan tidak selamat.
Menurutnya, UiTM berbuat demikian bertujuan membenarkan calon menyemak butiran mereka.
Katanya, maklumat nombor kad pengenalan dan alamat emelnya juga turut terkandung dalam senarai berkenaan.
Ekoran itu, sebagai respons kepada ciapan itu, UiTM terdahulu memberitahu bahawa pihaknya mengambil maklum tentang dakwaan tersebut dan meminta pengadu menghubungi mereka dengan maklumat lanjut yang berkaitan.
Portal teknologi lowyat.net pada 2019, melaporkan bahawa sejumlah 1,164,540 rekod milik pelajar yang mendaftar antara tahun 2000 dan 2018 untuk pelbagai kursus di UiTM telah dibocorkan dalam talian.
Data yang bocor itu didakwa melibatkan rekod terperinci pelajar dari kampus induk UiTM di Shah Alam dan 13 kampus negeri di seluruh negara. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UiTM
#kebocoran data
#UiTM minta maaf
#data peribadi pemohon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan