MALAYSIA
UiTM perkenal dua inovasi baharu berimpak tinggi
Episod khas AWANI Pagi bersama UiTM Shah Alam menampilkan dua inovasi berimpak tinggi: aplikasi kesihatan pintar My Heart Coach dan Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN).
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh pembangunan negara melalui inovasi dengan memperkenalkan dua produk baharu yang memberi impak langsung kepada masyarakat.
Ringkasan AI
Salah satu inovasi yang diketengahkan dalam episod khas AWANI Pagi ialah My Heart Coach, sebuah aplikasi kesihatan berasaskan kecerdasan buatan.
Menurut Pengarah Cardiovascular Advancement & Research Institute UiTM, Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim, aplikasi ini dibangunkan bagi membantu pengguna memantau kesihatan jantung secara kendiri dan pintar.
“Hospital di seluruh negara merekodkan data pesakit jantung yang kami ikuti selama bertahun-tahun.
"Berdasarkan data tersebut, kami menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti pembelajaran mesin untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi,” jelas beliau.
S
elain itu, UiTM turut melancarkan Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN), sebuah pusat yang berperanan sebagai arkib digital seni dan warisan budaya untuk industri kreatif.
Pengarah INSAN, Prof Mohd Kipli Abdul Rahman, menyatakan bahawa institut ini akan menjadi rujukan utama dalam dasar seni budaya dan pembangunan kandungan kreatif berasaskan identiti Nusantara.
“Matlamat kami adalah menjadikan INSAN sebagai arkib digital seni dan warisan budaya yang menyokong industri kreatif secara menyeluruh,” katanya.
Kedua-dua panel ini ditemu ramah dalam program AWANI Pagi Khas yang disiarkan pada hari Jumaat, dibawakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UiTM dalam menjulang inovasi dan membina bangsa, selari dengan aspirasi KPT untuk menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai pemacu penyelesaian negara.
Ringkasan AI
- My Heart Coach bantu pengguna pantau kesihatan jantung secara kendiri menggunakan kecerdasan buatan dan data pesakit jantung dari hospital seluruh negara.
- UiTM lancar Institut Seni Kreatif Nusantara (INSAN) sebagai arkib digital dan pusat rujukan dasar seni berteraskan identiti Nusantara.
- Inisiatif ini selari dengan aspirasi KPT menjadikan universiti pemacu penyelesaian nasional.