awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian poligraf mesti ada asas, bukti dan keperluan - Anwar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/01/2020
08:17 MYT
Ujian poligraf mesti ada asas, bukti dan keperluan - Anwar
Menurut Anwar, sehingga kini, tiada arahan dari pihak polis yang meminta beliau melakukan ujian poligraf. - Foto Unit Komunikasi PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada asas untuknya melakukan ujian poligraf dalam siasatan polis terhadap laporan salah laku seks dibuat bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.
Jelasnya, perkara itu adalah suatu yang tidak munasabah.
"Ia mesti ada asas, bukti dan keperluan. Kalau tidak ada bukti, tak ada keterangan, tak ada saksi, tak ada tempat, semuanya tak betul, jadi nak buat ujian apa?
"Kalau saya kata kamu rompak, nak suruh kamu buat ujian? Tak munasabah," katanya kepada media selepas menghadiri International Unity In Diversity Conference 2020 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir mencadangkan agar Anwar turut menjalani ujian poligraf.
Malah katanya, sehingga kini, tiada arahan dari pihak polis yang meminta beliau melakukan ujian poligraf.
"Mereka tidak minta, jadi kenapa timbulkan isu. Kamu perlu faham prinsip undang-undang dan keadilan, sebarang tuduhan jika tidak ada asas, kamu tidak boleh jadikan seseorang itu defensif dalam isu ini,” ujar beliau.
Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis.
"Let the police deal with it. Tidak seperti kes lain, saya sendiri mahu ia (siasatan) dilakukan segera, serta menjemput mereka (polis dan peguam) ke rumah saya dan saya berjumpa mereka di ibu pejabat polis," tambahnya.
Pada November lalu, Muhammed Yusoff membuat perakuan bersumpah mendakwa dicabul Anwar, namun dinafikan oleh presiden PKR itu yang mendakwa beliau sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.
Berikutan itu, polis membuka kertas siasatan dan telah memanggil Muhammed Yusof dan Anwar untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
Ujian poligraf telah dibuat ke atas Muhammed Yusof pada 17 Disember lalu bagi membantu siasatan polis.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Media
#muhammed yusoff rawther
#Presiden PKR
#seks
#Ujian Poligraf
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan