MALAYSIA
Ujian rintis QR laluan motosikal, pejalan kaki di KSAB, BSI mula esok
Inisiatif ini bertujuan mempercepat proses pemeriksaan imigresen, mengurangkan kesesakan dan memperkukuh kawalan sempadan; dokumen perjalanan sah masih diperlukan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan ujian rintis (trial run) penggunaan kod QR menerusi aplikasi Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) bagi laluan motosikal dan pejalan kaki di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru mulai esok.
Ringkasan AI
Inisiatif itu susulan kejayaan fasa pertama percubaan MyNIISe bermula 22 Sept lepas melibatkan laluan kereta di kedua-dua pintu masuk utama tersebut.
KDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengguna motosikal dan pejalan kaki digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe bagi menjana kod QR peribadi untuk digunakan di laluan khas yang disediakan semasa tempoh percubaan itu.
"Sepanjang fasa percubaan NIISe, sistem kod QR dan aplikasi MyBorderPass sedia ada masih boleh digunakan, namun orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan beralih kepada aplikasi MyNIISe bagi urusan kemasukan imigresen di pintu masuk yang telah mengaktifkan penggunaannya," menurut KDN.
Menurut KDN dokumen perjalanan atau pasport yang sah masih diperlukan untuk proses kemasukan imigresen.
Pelaksanaan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Projek NIISe bertujuan mempercepat proses pemeriksaan imigresen, mengurangkan kesesakan serta memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara melalui penggunaan teknologi digital lebih efisien dan mesra pengguna.
Maklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi itu boleh didapati menerusi aplikasi MyNIISe dan saluran rasmi media sosial NIISe serta boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kementerian Dalam Negeri akan memulakan ujian rintis penggunaan kod QR melalui aplikasi MyNIISe bagi laluan motosikal dan pejalan kaki di KSAB dan BSI, Johor Bahru mulai 15 Oktober.
- Inisiatif ini bertujuan mempercepat proses pemeriksaan imigresen, mengurangkan kesesakan dan memperkukuh kawalan sempadan; dokumen perjalanan sah masih diperlukan.
- Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyNIISe untuk menjana kod QR peribadi, dan maklumat lanjut boleh diperoleh melalui saluran rasmi NIISe serta platform muat turun aplikasi.