Ujian siren Tsunami di Bintulu hari ini

Mariah Ahmad
Jun 10, 2015 07:18 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian Siren Tsunami pada hari ini di Bintulu, Sarawak.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian Siren Tsunami pada hari ini di Bintulu, Sarawak.
Dalam satu kenyataannya hari ini, ujian itu akan diadakan sekitar jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak panik semasa pengujian siren dilakukan.
Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia akan mengadakan ujian Siren Tsunami pada 10/6/2015 (Rabu) di kawasan : 1) Bintulu,... http://t.co/kus7FTQwwH

— Jabatan Meteorologi (@malaysianmet) June 10, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebarang pertanyaan berhubung pengujian ini juga boleh menghubungi 03-79678066.
#MetMalaysia #tsunami #ujian siren