[TERKINI] Senarai Lengkap Kabinet Baharu MADANI – Siapa Pegang Portfolio Utama?
GADGETS

UK gesa Apple, Google sekat imej lucah di peringkat sistem operasi

Astro Awani 16/12/2025 | 09:34 MYT
OS perlu menghalang paparan imej lucah tanpa pengesahan biometrik atau kad pengenalan rasmi. -Foto Amanz
KERAJAAN United Kingdom meminta Apple dan Google mewujudkan sistem sekatan imej lucah di peringkat sistem operasi (OS) bagi melindungi individu bawah umur.


Ringkasan AI
  • Kerajaan UK meminta Apple dan Google wujudkan sistem sekatan imej lucah di peringkat sistem operasi untuk melindungi individu bawah umur.
  • OS perlu menghalang paparan imej lucah tanpa pengesahan biometrik atau kad pengenalan rasmi.
  • Sekatan ini terutamanya untuk peranti mudah alih sebelum diperluaskan ke peranti desktop.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Kementerian Dalam Negeri UK, OS perlu menghalang paparan imej lucah melainkan pengguna mengesahkan mereka adalah individu dewasa melalui pengesahan biometrik atau kad pengenalan rasmi.

Bagi peranti milik pesalah seksual terhadap kanak-kanak, sekatan ini akan diaktifkan sepenuhnya walaupun pemiliknya dewasa.

Pada peringkat awal, sistem ini disasarkan untuk peranti mudah alih sebelum diperluas ke peranti desktop.

Tahun ini, UK telah mewajibkan pengesahan umur sebelum laman dewasa boleh diakses, menyebabkan penggunaan VPN meningkat dan trafik ke laman dewasa tertentu menjunam sehingga 77%.

Ketika ini, Apple dan Google tidak mempunyai penapis kandungan lucah di peringkat OS. Namun, kedua-dua syarikat menawarkan ciri keselamatan pada aplikasi pemesejan.

Apple melalui Communication Safety dan Google menerusi tetapan Family Link hanya mengaburkan imej lucah yang diterima melalui Messages, AirDrop dan FaceTime. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diminta oleh Kerajaan UK kepada Apple dan Google berkenaan sistem sekatan imej lucah?
    A: Kerajaan UK meminta Apple dan Google untuk mewujudkan sistem sekatan imej lucah di peringkat sistem operasi untuk melindungi individu bawah umur.
  • Q: Apakah kesan pengesahan umur sebelum akses laman dewasa di UK?
    A: Pengesahan umur sebelum akses laman dewasa di UK telah menyebabkan penggunaan VPN meningkat dan trafik ke laman dewasa tertentu turun sehingga 77%.
  • Q: Apakah ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Apple dan Google dalam aplikasi pemesejan?
    A: Apple melalui Communication Safety dan Google melalui tetapan Family Link hanya mengaburkan imej lucah yang diterima melalui Messages, AirDrop, dan FaceTime.



#sekatan imej lucah #kerajaan UK #individu bawah umur #pengesahan biometrik