KUALA LUMPUR:Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) mahu United Kingdom (UK) membukakan pasarannya lebih luas lagi bagi minyak sawit Malaysia.
Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor berkata Malaysia memiliki sistem yang baik untuk mematuhi pelbagai undang-undang perlindungan alam sekitar, hak buruh dan keselamatan di tempat kerja, yang merupakan kriteria penting untuk menembusi pasaran UK.
"Kita boleh gunakan amalan ini untuk mempromosikan kriteria kelestarian kita bagi aspek pengeluaran minyak sawit dan saya percaya ia akan menjadi platform yang baik bagi kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi temu bual langsung bertajuk "Palm Oil's Future in Southeast Asia" yang dianjurkan oleh majalah Asia Palm Oil bersempena dengan Ekspo Maya Minyak Sawit Dunia 2020, semalam.
Ditanya sama ada Brexit dianggap sebagai peluang bagi minyak sawit Malaysia kerana UK kini boleh merangka peraturan mereka sendiri, Lee berkata UK kini bebas untuk mengawal selia perdagangan daripada perspektif mereka sendiri.
Menurutnya, negara itu perlu mempunyai lebih tinjauan global dan bukannya tinjauan berpaksikan Eropah selepas keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) pada 21 Jan tahun ini.
Menjawab soalan yang sama, Pengarah Eksekutif Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) Tan Sri Yusof Basiron berkata sekiranya Brexit berlaku dengan perjanjian, EU akan menerapkan lebih banyak penyelarasan bagi UK untuk mengendalikan hubungan perdagangan mereka.
"Tetapi sekiranya UK keluar tanpa sebarang perjanjian, ia akan menjadi pilihan terbuka bagi negara itu untuk berunding dengan pembekal seperti negara-negara pengeluar minyak sawit; dan dengan cara ini, peluang masih terbuka kerana minyak sawit akan terus memasuki pasaran UK secara tetap tanpa terlalu banyak halangan dikenakan, yang nampaknya berlaku di EU buat masa ini," katanya.
Yusof berkata terserah kepada negara-negara pengeluar minyak sawit untuk berunding pada bulan-bulan akan datang atau dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan minyak sawit terus menikmati akses pasaran di UK.
"Minyak sawit di UK tidak mencukupi bagi penggunaan harian mereka dan bagi keperluan biofuel, dan oleh itu, mereka mengimport secara tetap kira-kira setengah juta tan metrik setiap tahun, jadi ini merupakan peluang bagi kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020

Yusof berkata terserah kepada negara-negara pengeluar minyak sawit untuk berunding bagi memastikan minyak sawit terus menikmati akses pasaran di UK. - Gambar hiasan

Pasar Borong Pandan ditutup seminggu berikutan kes COVID-19
Pasar terbabit akan beroperasi semula selepas kerja-kerja sanitasi selesai dilakukan mengikut tarikh ditetapkan.

Cabaran COVID-19 | Ibu bapa dan anak-anak perlu tumpu pelajaran
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ibu bapa terus memberi perhatian kepada pelajaran anak-anak mereka ketika negara berdepan pandemik COVID-19. Waktu yang terluang perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Selaras dengan sambutan Hari Pendidikan Sedunia, beliau berharap, pelajar bijak membahagikan masa belajar terutama pada waktu terluang.

Pinda Akta 355 | Islam lebih mendidik daripada menghukum
Untuk memberi kesedaran kepada golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender, LGBT supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (agama) Ahmad Marzuk Shaary pendekatan mendidik itu lebih diutamakan daripada menghukum golongan berkenaan.

COVID-19 | Pejabat KWSP Jalan Raja Laut ditutup bermula Isnin
Pejabat dan kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur akan ditutup bermula esok selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Proklamasi darurat | Selaras dengan syariat agama - Marzuk
Proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah selaras dengan syariat agama dan maqasid syarak. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, islam sememangnya mewajibkan sesuatu ketetapan dibuat demi memelihara nyawa manusia.

Rizab sungai | Garis panduan semata-mata tidak cukup
Garis panduan sedia ada bagi penguatkuasaan sungai yang dirizabkan tidak cukup tegas bagi mengekang pencemaran sungai.

COVID-19 | PKPD di Penjara Bentong, kuarters kakitangan
Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Bentong dan kuarters kakitangan bermula esok sehingga 8 Februari. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
![[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes [INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/31290791051611490328190/1887038_8967789641611492709401_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Malaysia merekodkan kes harian baharu 3,346 kes
Hari ini , Malaysia merekodkan kes harian baharu ... 3,346 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 183,801 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 41,677 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh 4,427 kes.. Menjadikan 141,446 kes pulih. Sehingga kini, terdapat 265 kes positif sedang dirawat di ICU, 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dan dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 678 kes .

PKP 2.0 | Bekalan roti putih di Pulau Pinang berkurangan
Walaupun bekalan barangan mencukupi sepanjang PKP 2.0, tetapi masih ada barang makanan seperti roti putih didakwa sukar di perolehi kerana kehabisan bekalan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memaklumkan sejak PKP dilaksanakan seminggu lalu pihaknya masih menerima aduan daripada orang ramai termasuk peniaga, kekurangan bekalan roti putih dan roti benggali di negeri itu.

Jalan rosak | Sabah perlu RM150 juta baik pulih jalan rosak
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, peruntukan itu membabitkan lebih 100 jalan rosak termasuk jambatan runtuh akibat kejadian banjir.

UK harus buka pasaran lebih luas bagi minyak sawit Malaysia - MPOA
Malaysia memiliki sistem yang baik untuk mematuhi pelbagai undang-undang perlindungan alam sekitar, hak buruh dan keselamatan di tempat kerja.

Harga melonjak sehingga RM3,000 setan, pendapatan peneroka sawit bertambah
Kenaikan harga kelapa sawit ternyata memberi berita gembira kepada pekebun kecil termasuk peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).