awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ulama dan cendekiawan Islam harus bersatu memerangi IS

Bernama
Bernama
29/04/2015
00:05 MYT
Ulama dan cendekiawan Islam harus bersatu memerangi IS
Shaykha Safia Shahid berkata IS mencemar imej Islam, menyebabkan penganut agama lain di seluruh dunia mendiskriminasikan orang Islam.
Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan cendekiawan Islam di seluruh dunia perlu bersatu dan memainkan peranan penting untuk menentang ideologi militan IS dan memerangi pergerakan itu, kata seorang penceramah Islam yang terkenal.
Shaykha Safia Shahid, penceramah tersohor di United Kingdom, ketika menyuarakan pandangannya berkata "IS mencemar imej Islam, menyebabkan penganut agama lain di seluruh dunia mendiskriminasikan orang Islam.
"Di UK, muslimin dan muslimat kami didiskriminasi walaupun mereka (persatuan Islam) tidak menyetujui tindakan IS," katanya.
Beliau berkata demikian kepada kepada Bernama selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk "Dismantling Terrorism: An Islamic Obligation" di Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) di sini, Selasa.
Untuk menghentikan aktiviti IS dan mengembalikan keindahan Islam, Shaykha Safia berkata ulama Islam di seluruh dunia perlu menyuarakan satu deklarasi tegas menolak IS dan menyebarkan kesedaran melalui media sosial untuk memerangi gerakan mereka.
"Kita perlu Bersatu, hanya dengan bersatu kita boleh menghapuskan pergerakan ekstremis dan para ulama dan sarjana Islam kita juga harus menjadi pakar media sosial kerana golongan ekstremis seperti "IS" menggunakan media sosial untuk menyebarkan pengaruh mereka," tegas beliau.
Sementara itu, timbalan ketua pegawai eksekutif IAIS, Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata susulan Malaysia merupakan pengerusi ASEAN pada tahun ini, amat penting untuk perkumpulan itu untuk mempunyai deklarasi tegas menolak "IS".
"Saya rasa ini adalah seruan yang sahih bagi Malaysia. Kita perlu merumuskan pendirian dalam kalangan komuniti ASEAN, ia mesti melambangkan pendirian bersama dan mungkin semua anggota ASEAN harus mempunyai undang-undang seperti Malaysia untuk memerangi keganasan," katanya kepada Bernama.
Mohamed Azam menambah usaha memerangi kumpulan militan IS bukan tanggungjawab negara-negara Islam sahaja tetapi juga oleh negara lain.
"Kita dapat melihat bahawa kebanyakan anggota "IS"' terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan ... ini bukan masalah melibatkan negara-negara Islam sahaja tetapi masalah global," katanya.
Topic Berkaitan
#militan IS
#Shaykha Safia Shahid
#Sunnah Wal Jamaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan