KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.
Ahmad Zahid berkata tindakan itu, boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.
"Kalau dia buat, sedekah. Kalau kita (buat) panggil rasuah. Ulama ini jangan tukar-tukar hukumlah, jangan tukar fatwalah. Akhirnya ulama politik tidak dihormati oleh rakyat dan orang Islam," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mempertahankan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya yang dikatakan tidak menyalahi peraturan, kerana mendakwa ia sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Kenyataan Abdul Hadi itu susulan tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO berkata sebagai ulama, golongan itu perlu berintegriti dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang hari ini. - fotoBERNAMA
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Zahid nafi tawar individu jawatan Setiausaha Agung parti pada Pemilihan UMNO 2018
Ahmad Zahid berkata dakwaan yang ditimbulkan oleh individu itu, yang kini merupakan seorang pemimpin pembangkang serta dijadikan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, adalah tidak benar.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Hail Amir yang meninggal dunia hari ini.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Tahanan rumah Najib: Mahkamah Tinggi tolak permohonan afidavit Tengku Zafrul
Ahli MKT UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal dalam usahanya untuk memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Titah Adendum dalam kes Najib.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.