MALAYSIA
Ulang tahun ke-58, SPRM pacu revolusi teknologi, kukuh integriti PBT
Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 mengangkat semangat baharu SPRM dalam menyuntik elemen teknologi semasa, sejajar dengan peralihan masa. – Gambar SPRM
PUTRAJAYA: Menjelang ulang tahun ke-58, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus komited membongkar kes rasuah melibatkan sindiket, kes berprofil tinggi dan yang memberi impak besar kepada masyarakat.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keupayaan agensi kini diperkasakan dengan penggunaan teknologi termasuk Kepintaran Buatan (AI) untuk mengesan ketirisan, mendapatkan semula aset serta dana kerajaan.
“Dengan pendekatan baharu terutama pendigitalan melibatkan kecerdasaan buatan (AI), kami sedang meneliti bagaimana teknologi ini boleh membantu kerja penyiasatan serta aspek pencegahan.
“Kita tidak melihat daripada sudut menambahkan lagi bilangan pegawai tetapi kepentingan teknologi yang mampu membantu pegawai dalam melaksanakan tugasan dengan pendekatan baharu.
“Contohnya, AI ini dapat mempercepatkan lagi proses dengan intelligence based, kita melakukan analisis akaun secara lebih sistematik,” katanya dalam wawancara khas sempena Ulang Tahun SPRM ke-58, di Ibu Pejabat SPRM, di sini, baru-baru ini.
Azam turut menegaskan, menjelang 2027, Unit Integriti akan ditubuhkan di semua pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membendung salah laku, pelanggaran etika serta mengendalikan aduan dan whistleblower.
“Setiap jabatan mungkin mereka mempunyai audit dalaman dan sebagainya yang boleh memeriksa dokumen dan sebagainya tetapi dalam hal untuk meningkatkan integriti ia amat penting.
“Bila ada unit integriti yang akan melihat kepada program-program mereka, bagaimana mereka sebagai independent unit dalam kementerian atau agensi dan untuk mengendalikan whistleblower (pendedahan penyelewengan).
“Whistleblower (pendedahan penyelewengan) ini penting sebab itu pentingnya pegawai SPRM sebagai ketua Unit Integriti,” jelasnya.
Dalam pada itu, SPRM kini mengetuai operasi Multi Agency Task Force (MATF) bersama pelbagai agensi penguat kuasa bagi menumpaskan sindiket penyeludupan yang memberi rasuah kepada pegawai kerajaan. Antara operasi yang dijalankan adalah, Operasi bersepadu seperti Op Metal, Op Sikaro dan Op Karen.
SPRM turut memperkukuh latihan melalui Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), yang diberi mandat melaksanakan kursus forensik siasatan, pertukaran kepakaran serta latihan bersama agensi dalam dan luar negara.
Azam menegaskan, kes-kes rasuah bukan sahaja menjejaskan integriti, malah menyebabkan ketirisan hasil negara.
Justeru, fokus SPRM adalah untuk memastikan penjenayah dibawa ke muka pengadilan dan dana yang dicuri dikembalikan demi manfaat rakyat.
Ringkasan AI
- Menjelang ulang tahun ke-58, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus komited membongkar kes rasuah melibatkan sindiket, kes berprofil tinggi dan yang memberi impak besar kepada masyarakat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keupayaan agensi kini diperkasakan dengan penggunaan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan ketirisan, mendapatkan semula aset serta dana kerajaan. -Dengan pendekatan baharu terutama pendigitalan melibatkan AI, kami sedang meneliti bagaimana teknologi ini boleh membantu kerja penyiasatan serta aspek pencegahan.