KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) merakamkan ucapan tahniah kepada pemimpin dan rakyat Republik Indonesia sempena sambutan ulang tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia yang disambut hari ini.

Presiden ISMAWI, Datuk Mokhtar Hussain dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mendoakan kesejahteraan serta kemajuan republik itu dan berharap hubungan Malaysia-Indonesia akan kekal subur dan harmoni.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada golongan pengamal media dari kedua-dua negara yang telah berkerjasama erat ke arah merancakkan perkongsian maklumat dan pertukaran wartawan demi kepentingan bersama.

Golongan pengamal media dari kedua-dua negara serantau itu telah menjalin hubungan dua hala yang kukuh melalui ISMAWI, yang ditubuhkan pada Jan 2007. - BERNAMA