Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Raja Permaisuri Agong

Astro Awani
Mac 5, 2021 23:47 MYT
Raja Permaisuri Agong diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor - Gambar fail
SULTANAH PAHANG
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj
5 Ogos 1960
Diputerikan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor
Merupakan Puteri ketiga kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail
PENDIDIKAN
- Pendidikan awal di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru
- Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
- Meneruskan pendidikan ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
MINAT
- Membaca, memasak, menjahit, bermain golf serta berbakat dalam bidang penulisan
Mac 2007
- Melancarkan buku masakan bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang"
Ogos 2018
- Melancarkan 2 buku masakan bertajuk "Masakan Tradisional Pahang" & "Manisan Tradisional Pahang"
- Hasil penjualan semua buku disalurkan ke Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF)
JAWATAN YANG DISANDANG
- Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia
- Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- Pengerusi PERTAP
- Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang (WI)
- Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF)
- Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz(YIA) dan Penaung Diraja AP di Hong Kong
PERKAHWINAN
Mac 1986
- Berkahwin dengan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah
ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
1. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
2. Tengku Puteri Iman Afzan
3. Tengku Puteri Ilisha Ameera
4. Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
5. Tengku Puteri Ilyana
6. Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
#Yang di-Pertuan Agong #Sultan Johor #Tunku Azizah Aminah Maimunah #Ulang Tahun Perkahwinan #Al-Sultan Abdullah #Air Tangan Tengku Puan Pahang #Raja Permaisuri Agong #Berjiwa Rakyat #AgongKita