awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa 80kg kenyang telan kambing

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2022
23:30 MYT
Ular sawa 80kg kenyang telan kambing
Ular sepanjang enam meter dan seberat 80kg yang ditemui pemilik kambing di dalam kandang itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada penempatan. - Foto Sinar Harian
KULAI: Seekor ular sawa yang kekenyangan selepas menelan seekor kambing di dalam kandang di Felda Inas di sini pada Rabu berjaya ditangkap anggota bomba.
Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80 kilogram (kg) ditemui pemilik kambing di dalam kandang tersebut.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Fidaus Juritah berkata, panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 7.21 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia itu berada di dalam kandang kambing tersebut.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut.
"Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada penempatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular sawa
#ular telan kambing dalam kandang
#Felda Inas
#kambing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan