MALAYSIA
'Ulat' tawar RM180 hantar penumpang dari KLIA ke Seremban ditahan
Kegiatan individu itu dikesan menerusi intipan dan risikan dijalankan anggota JPJ. -Foto Sinar Harian
SEPANG: Gerak geri mencurigakan seorang individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini membongkar khidmat kereta sewa haram yang dijalankannya.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an itu dipercayai menawarkan khidmat tersebut kepada dua individu dengan bayaran RM180 ke Seremban, Negeri Sembilan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kegiatan individu terbabit dikesan menerusi risikan anggotanya sekitar lokasi berkenaan.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memujuk, merayu selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua penumpang warganegara Malaysia dari Terminal 1 KLIA ke Seremban, Negeri Sembilan.
"Susulan itu, individu itu ditahan serta kenderaan digunakan iaitu Perodua Aruz telah disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).
"Selain itu, mana-mana individu dikesan bersubahat melakukan kegiatan ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta yang sama.
"Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau melakukan tempahan menerusi aplikasi e-hailing," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa menjalankan khidmat kereta sewa haram dengan bayaran RM180 ke Seremban.
- Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan, mengesahkan individu tersebut ditahan dan kenderaan Perodua Aruz disita untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
- Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah melalui kaunter di Terminal 1 dan 2 KLIA atau aplikasi e-hailing bagi mengelak risiko terlibat dengan khidmat haram.
Lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an itu dipercayai menawarkan khidmat tersebut kepada dua individu dengan bayaran RM180 ke Seremban, Negeri Sembilan.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, kegiatan individu terbabit dikesan menerusi risikan anggotanya sekitar lokasi berkenaan.
"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan memujuk, merayu selain menawarkan perkhidmatan pengangkutan kepada dua penumpang warganegara Malaysia dari Terminal 1 KLIA ke Seremban, Negeri Sembilan.
"Susulan itu, individu itu ditahan serta kenderaan digunakan iaitu Perodua Aruz telah disita untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, tindakan diambil di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).
"Selain itu, mana-mana individu dikesan bersubahat melakukan kegiatan ini juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta yang sama.
"Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau melakukan tempahan menerusi aplikasi e-hailing," katanya. -Sinar Harian
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah gerak geri mencurigakan yang dilakukan oleh seorang individu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disebut dalam artikel?
A: Individu tersebut dipercayai menawarkan khidmat kereta sewa haram kepada dua penumpang dengan bayaran RM180 ke Seremban, Negeri Sembilan. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap lelaki tempatan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan haram di Terminal 1 KLIA?
A: Individu terbabit telah ditahan dan kenderaan yang digunakan, Perodua Aruz, telah disita untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010). - Q: Apakah nasihat yang diberikan kepada orang ramai berkenaan penggunaan perkhidmatan pengangkutan di Terminal 1 dan 2 KLIA?
A: Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau melakukan tempahan menerusi aplikasi e-hailing bagi keselamatan dan kesahihan perkhidmatan.