UM tutup pintu masuk dan keluarnya kepada awam

Bernama
Jun 7, 2020 12:54 MYT
Universiti Malaya (UM) akan menutup pintu masuk dan keluar kampus itu kepada orang awam sebagai langkah berjaga-jaga, demi keselamatan komuniti kampusnya daripada penularan COVID-19. - Gambar Fail
Universiti Malaya (UM) akan menutup pintu masuk dan keluar kampus itu kepada orang awam sebagai langkah berjaga-jaga, demi keselamatan komuniti kampusnya daripada penularan COVID-19.
UM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, pintu masuk dan keluar universiti itu kini hanya boleh digunakan kakitangan, pelajar, kakitangan Pusat Perubatan UM dan Pusat Pakar UM, sehingga satu tempoh dimaklumkan.
"Kampus adalah tertutup kepada orang awam. Pelawat memasuki kampus untuk perkara rasmi, e-hailing dan perkhidmatan penghantaran makanan, dikehendaki untuk mendaftarkan diri kepada pegawai keselamatan di pintu masuk kampus," katanya.
-- BERNAMA
#COVID-19 #keselamatan #koronavirus #pelajar #UM #universiti malaya