MALAYSIA

Umat Islam berpuasa Khamis ini

Astro Awani 15/05/2018 | 13:06 MYT
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). - Gambar fail
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Khamis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada 17 Mei ini bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia.




#Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja #puasa #Radio Televisyen Malaysia #Ramadan #Syed Danial Syed Ahmad #Yang di-Pertuan Agong