MALAYSIA
Umat Islam di Malaysia berpuasa esok
Seorang Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan menggunakan teleskop melihat anak bulan (rukyah) di PICC Ahad petang. -Foto Bernama
Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Isnin, 6 Jun 2016, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.