NATIONAL

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Astro Awani 30/03/2025 | 12:07 MYT
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1446H sekali gus Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025."

[TERKINI] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok


Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Terdahulu, aktiviti mencerap anak bulan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara. Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


#pengumuman #syawal #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #Hari Raya Puasa #Hari Raya Aidilfitri