[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Isnin

Astro Awani 01/05/2022 | 12:01 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (Isnin, 2 Mei).
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok (Isnin, 2 Mei 2022).

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sekitar jam 8 malam Ahad.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2hb Mei 2022,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 3 April lalu.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok


#Hari Raya Aidilfitri #Aidilfitri #Umat Islam #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #Syed Danial Syed Ahmad