Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Rabu

Astro Awani
Julai 4, 2016 12:06 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Rabu
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri Rabu, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 6 Julai 2016," katanya.
Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab.
#Aidilfitri #hari raya #penyimpan mohor-mohor besar #RTM #Syed Danial Syed Ahmad #Umat Islam