awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam - Mohd Na'im

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2023
21:00 MYT
Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam - Mohd Na'im
MOHD NA'IM: Umat Islam dilarang daripada terlibat menyertai apa-apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menasihati umat Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada Ahad ini.
Beliau berkata, ia kerana Thaipusam merupakan acara peribadatan agama yang khusus kepada para penganutnya.
"Nasihat ini juga berpandukan kepada ketetapan panduan yang telah dikeluarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah iaitu Islam membataskan hubungan tersebut di dalam perkara-perkara kepercayaan dan amalan keagamaan.
"Batas tersebut sebagai sempadan yang damai, bersemangat toleransi dalam menerima kebebasan dalam mengamal kepercayaan dan amalan agama masing-masing.
"Justeru, dengan prinsip ini umat Islam adalah dilarang daripada terlibat menyertai apa-apa ritual perayaan agama bukan Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip akidah Islam," katanya menerusi hantaran Facebook.
Dalam pada itu, Mohd Na'im meminta seluruh rakyat Malaysia agar menghormati perayaan setiap agama di negara kerana ia adalah asas kerukunan hidup yang harmoni di antara penganut agama.
"Agama Islam juga menyeru supaya umat Islam sentiasa menjaga kerukunan dalam masyarakat," ujarnya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#Hari Thaipusam
#acara peribadatan agama
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan