Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam supaya bersederhana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti yang dituntut dalam agama Islam.
Dalam perutusan Aidilfitri di sini hari ini, Ahmad Zahid mengajak umat Islam merenung sejenak nasib rakyat di Palestin, Syria, Iraq serta Somalia dan masyarakat Muslim seluruh dunia serta insan-insan pelarian dan pengemis yang menyambut Aidilfitri dalam suasana ketakutan dan curiga, serta tidak cukup untuk menampung kehidupan seharian mereka.
"Malaysia adalah anugerah kepada kita, seluruh lapisan rakyat Malaysia. Kita, tidak kira apa juga agama, kaum atau budaya, perlu bersyukur dengan apa yang kita kecapi kini yang didapati tanpa perlu berperit jerih.
"Kita berada dalam keadaan aman, hidup tanpa peperangan, yang mana kita kini bersama-sama berganding bahu ke arah memajukan negara kita," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Malaysia tidak seperti di negara-negara luar, di mana terdapat insiden-insiden keganasan yang telah meragut nyawa insan yang tidak bersalah.
"Dalam kejadian terbaharu di Masjid Nabawi di Madinah misalnya, umat Islam telah dikejutkan dengan insiden pengeboman berani mati yang telah meragut ramai nyawa.
"Kita berasa sedih dengan kejadian itu, yang berlaku pada penghujung Ramadan," katanya.
Ahmad Zahid turut melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian serangan pengganas di Turki pada 28 Jun dan Bangladesh pada Jumaat lepas yang masing-masing mengorbankan 44 dan 20 nyawa, serta dikaitkan dengan kumpulan militan Daish.
"Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa juga aktiviti yang berkaitan dengan keganasan," katanya.
Ahmad Zahid berkata rakyat juga sebelum ini bimbang dengan laporan polis berhubung insiden pengeboman di sebuah kelab malam di Puchong pada 28 Jun lepas yang didakwa didalangi oleh militan Daish, insiden yang pertama seumpamanya di negara ini.
Dalam hal ini, Ahmad Zahid turut menyeru orang ramai supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan negara dalam profesionalisme mereka untuk menangani isu berkenaan.
"Dalam musim perayaan ini, janganlah kejadian seumpama itu dibiarkan merosakkan kegembiraan dan kemeriahan sambutan perayaan kita. Segenap lapisan rakyat Malaysia perlu menyambut perayaan ini dengan semangat persaudaraan yang teguh berteraskan 1Malaysia.
"Ketika kita menyerahkan isu keselamatan kepada pihak berwajib, kita juga perlu mengambil tahu perkembangan yang berlaku di sekeliling kita," katanya.
Beliau turut berharap rakyat akan lebih berhati-hati di jalan raya apabila memandu kenderaan pada musim perayaan ini.
Bernama
Wed Jul 06 2016
Beliau turut menyeru orang ramai supaya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan negara dalam profesionalisme mereka untuk menangani isu berkenaan.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.