Umat Islam di negara ini perlu lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang bentuk informasi berkaitan agama di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata dalam era dunia tanpa sempadan pada hari ini, masyarakat kini disajikan dengan pelbagai ledakan maklumat baik dari dalam mahupun luar negara.
"Institusi agama seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial serta dalam masa yang sama memastikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah disegarkan.
"Mungkin jabatan agama boleh memikirkan mengenai tular sesuatu hadis atau informasi itu perlu mempunyai logo sama seperti logo Halal misalnya. Jadikan ia sebagai eksklusif kerana maklumat ini adalah makanan rohani...kalau makanan rohani tidak halal ia akan menyebabkan rosak hati, fikiran, perangai dan tamadun," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian Seminar Gagasan Peradaban al-Quran yang turut dihadiri Timbalan Mufti Negeri Sembilan Nor Azamir Alias.
Mengulas lanjut, Azizan berkata penyebaran informasi tidak sahih selain daripada mengelirukan ia juga boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat.
"Sebelum ditular, fikirkan dulu apa niatnya...kalau (informasi) tak sah, jangan disebarkan kerana berdosa. Dahulu fitnah (dilakukan) di hujung lidah (secara lisan), sekarang di hujung jari," katanya.
Beliau dalam pada itu, menasihatkan umat Islam agar memastikan maklumat yang hendak disampaikan itu adalah sahih dengan merujuk kepada golongan pakar agama, sebelum disebarkan.
"Malah, ustaz atau ustazah juga perlu tonjolkan diri bagi mengesahkan maklumat berkenaan sama ada sahih atau sebaliknya. Ini bukan soal nak jadi terkenal kerana pada zaman sekarang tak boleh lagi kita berdakwah secara berkumpul seramai 20 orang, sebaliknya kita kena dakwah secara global yang mana lebih ramai mendapat manfaatnya," katanya.
Seminar dua hari itu bermula hari ini bertujuan untuk menzahirkan kembali gagasan utama pemikiran peradaban al-Quran yang telah melahirkan tamadun Islam yang luhur dalam sejarah manusia.
Seminar itu yang dihadiri kira-kira 300 hadirin akan mengupas mengenai bagaimana al-Quran membangunkan generasi beradab, seruan al-Quran kepada keadilan sosial serta syarat dan halangan kefahaman al-Quran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017
Institusi agama perlu merapatkan saf untuk menyaring dan menyusun balik informasi yang tersebar di media sosial. - Gambar hiasan
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Mohammad Hashim, Azizan terima anugerah khas Hadhari Global Award
Kosugi dalam ucapannya berkata penerima adalah dipilih berdasarkan beberapa syarat antaranya memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan sumbangan besar kepada peningkatan tamadun Islam.
Kurikulum STEM perlu dinilai semula bagi tarik minat
Kurikulum subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dinilai semula untuk memastikan ia dapat menarik minat anak muda.
RUU Mahkamah Syariah: Pihak terlibat perlu duduk dan bincang - KP IKIM
Ia bagi memberikan kefahaman dan penjelasan yang lebih baik mengenai isu berkaitan agama yang diutarakan melalui rang undang-undang itu.