MALAYSIA
  
            Umat Islam sambut Aidilfitri pada Rabu
Syed Danial ketika membuat pengumuman tarikh Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan. -Gambar fail
            
      Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu.
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu 5 Jun 2019."
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
	 
      #Aidilfitri 2019
    
      #Pengumuman raya
    
      #Pengumuman tarikh Aidilfitri
    
      #Selamat Hari Raya
    
      #syawal
    
      #Syed Danial Syed Ahmad
    
      #Umat Islam