Masyarakat Islam di negara ini wajib mempertahankan agama Islam secara bijaksana dengan mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau peperangan apabila agama itu diusik.
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan meskipun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati.
"Isu yang timbul sebelum ini lebih kepada silap faham. Saya kata bahawa mana-mana orang bukan Islam termasuk DAP yang menentang sahaja, yang tidak menentang tak apa.
"Umat Islam patut menjawab atau mempertahankan Islam dengan cara bijaksana dan tidak semestinya menerusi pertumpahan darah dan merampas harta.
"Mereka ini perlu ditentang bukan diserang, ditentang dalam konteks ini ialah mempertahankan agama Islam dengan menjawab secara lisan dan tidak hanya mendiamkan diri," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 20 badan bukan kerajaan untuk menyatakan solidariti di sini hari ini.
Abdul Rahman sekali lagi mengulangi tidak akan menarik balik sebarang kenyataannya sebelum ini kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesilapan disebabkan berhujah berdasarkan asas agama Islam.
"Saya sebagai mufti saya bercakap pada asas agama Islam, agama yang diredai Allah dan ini merupakan seruan yang perlu disampaikan kepada manusia di dunia.
"Saya berharap di bulan Ramadan yang mulia ini kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni.
"Oleh itu, masyarakat bukan Islam di negara ini diharap tidak mengusik agama Islam kerana umat Islam tidak akan berkecil hati kalau ia tidak menyentuh agama," katanya.
Baru-baru ini, Abdul Rahman dilaporkan berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.
Susulan itu, keterangan Abdul Rahman telah diambil polis dan siasatan dilakukan mengikut Akta Hasutan.
Bernama
Mon Jul 04 2016
ABDUL RAHMAN:" Saya kata bahawa mana-mana orang bukan Islam termasuk DAP yang menentang sahaja, yang tidak menentang tak apa." - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Umat Islam wajib pertahan agama jika diusik - Mufti Pahang
Meskipun tidak menggunakan kekerasan, umat Islam tidak boleh hanya berdiam diri apabila agama Islam diperlekehkan dan tidak dihormati.