MALAYSIA
UMNO ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah pemimpin parti

Asyraf Wajdi berkata langkah itu selari dengan penubuhan Sekretariat Perundangan di peringkat Ibu Pejabat UMNO yang berperanan memantau isu berkaitan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO akan mula mengambil tindakan tegas dengan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti itu.
Ringkasan AI
- UMNO akan mula mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah atau mencemarkan nama baik pemimpin parti, selari dengan penubuhan Sekretariat Perundangan di Ibu Pejabat UMNO.
- Langkah ini diambil kerana peningkatan penyalahgunaan media sosial untuk menyerang pemimpin UMNO, dan parti kini memilih pendekatan agresif seperti yang diamalkan oleh parti lain.
- UMNO turut menubuhkan Jabatan Pengundi Luar bagi mendekati pengundi yang tinggal di luar kawasan asal mereka secara tersusun menjelang pilihan raya, terutamanya di kawasan seperti Lembah Klang dan Selangor.
Asyraf Wajdi berkata parti-parti lain telah lama menggunakan saluran undang-undang bagi menangani penyebaran persepsi negatif dan dakwaan palsu terhadap pemimpin mereka.
Justeru, katanya UMNO kini mengambil pendekatan serupa bagi memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi turut memaklumkan bahawa UMNO bersetuju menubuhkan Jabatan Pengundi Luar sebagai langkah strategik untuk mendekati golongan berkenaan secara tersusun dan berterusan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, langkah itu penting memandangkan hampir 40 peratus pengundi di beberapa kawasan Parlimen berada di luar kawasan asal mereka, terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.
"Jadi, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini, kita telah memutuskan untuk menerima cadangan UMNO Bahagian Bukit Bintang bagi menubuhkan jabatan ini, agar pelbagai pendekatan dapat digarap untuk mendekati pengundi-pengundi di kawasan Parlimen yang menjadi sasaran UMNO dan Barisan Nasional.
"Sebagai contoh, kita boleh mengadakan program dan menyalurkan bantuan kepada mereka dari semasa ke semasa," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami