awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Doktor ditahan disyaki bunuh isteri dan anak
James Cameron sahkan Michelle Yeoh bakal bintangi dua sekuel filem Avatar
KBS sasar Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
29/09/2020
06:30 MYT
UMNO, BN tidak puas hati? Mana ada - Ketua Menteri Sabah
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU:Tiada isu pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati mengenai agihan portfolio Kabinet Negeri Sabah yang baharu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, pemimpin parti tersebut memberikan sokongan kepada pembahagian jawatan tersebut.
“Mana ada (spekulasi tidak puas hati).... UMNO ada sini (dalam sidang media),” katanya ringkas dalam sidang media pertama Ketua Menteri Sabah di Pejabat Ketua Menteri, di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa pemimpin UMNO dan BN tidak bersetuju dengan agihan portfolio.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah turut ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan dilantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang baharu.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu tidak memberikan sebarang komen berhubung perkara tersebut.
Dalam sidang media sama, Hajiji turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN yang memberi sokongan kepada beliau untuk untuk memimpin kerajaan Sabah.
“Sesungguhnya saya adalah Ketua Menteri kepada kerajaan Negeri yang inklusif dan akan memberikan sepenuh khidmat kepada semua rakyat di Sabah, tanpa mengira perbezaan latar belakang dan pegangan politik.
“Amanah dan tanggungjawab ini amat besar dan mencabar,” katanya lagi.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
Topic Berkaitan
#Musa Aman
#UMNO
#Barisan Nasional
#Ketua Menteri
#menteri
#ADUN
#BN
#portfolio Kabinet Negeri Sabah
#Hajiji Mohd Noor
#Yang Dipertua Negeri Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan