KUALA LUMPUR:Kerjasama yang terbentuk di antara parti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga tertubuhnya kerajaan hari ini membuktikan pengorbanan perasaan dilakukan oleh UMNO.
Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sudah tiba masanya bukan hanya UMNO berkorban, sebaliknya semua parti perlu melakukan perkara sama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Inilah UMNO parti yang sentiasa peka kepentingan rakyat. Kita meminggirkan kepentingan mana-mana pihak, UMNO sentiasa daripada asas awal penubuhannya, matlamat kita melihat kesejahteraan rakyat, membela rakyat.
"Maka kalau kita bercakap (soal) pengorbanan, sebenarnya semua pihak melakukan pengorbanan termasuk UMNO. Di kalangan Ahli Parlimen dari Bersatu, asalnya daripada UMNO.
“UMNO melakukan pengorbanan perasaan yang paling sukar nak buat dalam kehidupan. UMNO buat satu pengorbanan yang besar untuk sambut bersama dengan semua pihak demi melihat negara ini berada pada landasan dan ditadbir oleh satu kumpulan yang benar-benar mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat," kata Ahmad Jazlan menggambarkan hubungan dua parti Melayu itu.
Ahmad Jazlan berkata demikian ketika ditemu bual oleh Astro AWANI pada Ahad.
BACA: Hubungan Bersatu - UMNO: "Alangkah baik jika semua pemimpin Melayu, Islam dapat bersatu" - Muhyiddin
BACA: Muhyiddin, Zahid Hamidi bertemu, berbincang dari hati ke hati
Menurut beliau lagi, pertemuan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini memperlihatkan bagaimana kata sepakat dapat diterjemahkan sebelum penggulungan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Mengulas mengenai pembahagian kerusi UMNO menjelang PRU15 kelak, jelas Ahmad Jazlan, beliau akan akur dengan apa sahaja keputusan pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun, kejujuran dan keadilan perlu diterjemahkan terutamanya mengambil kira pengorbanan UMNO sebelum ini.
Ahmad Jazlan mengulangi, prinsip yang wajar dipertahankan sebelum sebarang keputusan politik diambil oleh pucuk pimpinan ialah dengam meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai tunggak paling utama.
"Dalam masa sama, pengorbanan tidak harus berlaku oleh satu pihak, maka pengorbanan harus dilakukan oleh kesemua pihak.
“UMNO telah melakukan yang terbaik ke arah kerajaan ini, bagi kita rakyat mesti melihat bahawasanya UMNO adalah parti sentiasa peka terhadap apa yang perlu dilakukan negara agama dan bangsa.
"UMNO kelantan tidak menuntut banyak perkara, cuma bagi kita biarlah keadilan biarlah kejujuran permuafakatan ini benar-benar wujud dan dapat diterjemahkan bukan setakat cakap-cakap," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Nov 29 2020
Ahmad Jazlan Yaakub berkata, UMNO telah berkorban perasaan dalam permuafakatan yang dijalinkan dalam kerajaan ketika ini. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.
Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.
Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.