MALAYSIA
UMNO bukan 'pak turut', kerjasama politik tidak bermaksud lemah - Noraini
Noraini (foto) menegaskan kerjasama politik dalam dinamik kerajaan hari ini tidak bermaksud UMNO bersedia menjadi parti yang hilang jati diri. -Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad menegaskan kerjasama politik dalam dinamik kerajaan hari ini tidak bermaksud UMNO bersedia menjadi parti yang hilang jati diri.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut beliau, realiti politik moden menunjukkan undi rakyat berpecah kepada pelbagai parti, bukan lagi terikat dengan satu atau dua entiti tradisi berasaskan nostalgia dan sejarah.
"Kuasa dikongsi. Perbezaan dihormati dan kerajaan dibentuk melalui persefahaman dan kompromi. Ini bukan kelemahan sistem, ini adalah kematangan demokrasi.
"Namun begitu, saya ingin tegaskan satu perkara penting, kerjasama politik ini bukan bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti yang menurut. Tidak sama sekali!
"UMNO mesti menjadi parti teras, parti yang memimpin, bukan sekadar mengikut. Kita ada sejarah, kita ada pengalaman, kita ada akar umbi yang kuat.
"Kita mengamalkan politik berani yang menetapkan garis merah dan mempertahankan agama, bangsa serta prinsip Raja berperlembagaan," ujar Noraini ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung 2025, di sini, pada Khamis.
Jelasnya lagi, sayap Wanita UMNO akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mengemudi kerjasama politik ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerjasama politik dalam kerajaan hari ini tidak menandakan UMNO akan kehilangan identiti.
- Realiti politik moden menunjukkan undi rakyat tersebar kepada pelbagai parti.
- UMNO perlu menjadi parti teras yang memimpin tanpa mengorbankan prinsip dan identiti.
Menurut beliau, realiti politik moden menunjukkan undi rakyat berpecah kepada pelbagai parti, bukan lagi terikat dengan satu atau dua entiti tradisi berasaskan nostalgia dan sejarah.
"Kuasa dikongsi. Perbezaan dihormati dan kerajaan dibentuk melalui persefahaman dan kompromi. Ini bukan kelemahan sistem, ini adalah kematangan demokrasi.
"Namun begitu, saya ingin tegaskan satu perkara penting, kerjasama politik ini bukan bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti yang menurut. Tidak sama sekali!
"UMNO mesti menjadi parti teras, parti yang memimpin, bukan sekadar mengikut. Kita ada sejarah, kita ada pengalaman, kita ada akar umbi yang kuat.
"Kita mengamalkan politik berani yang menetapkan garis merah dan mempertahankan agama, bangsa serta prinsip Raja berperlembagaan," ujar Noraini ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung 2025, di sini, pada Khamis.
Jelasnya lagi, sayap Wanita UMNO akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mengemudi kerjasama politik ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang ditegaskan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkenaan dengan kerjasama politik dalam kerajaan hari ini?
A: Beliau menegaskan bahawa kerjasama politik tidak bermaksud UMNO bersedia menjadi parti yang hilang jati diri. - Q: Mengapakah Noraini Ahmad menyatakan bahawa undi rakyat kini berpecah kepada pelbagai parti?
A: Noraini Ahmad menyatakan bahawa realiti politik moden menunjukkan undi rakyat berpecah kepada pelbagai parti, tidak lagi terikat kepada entiti tradisional yang berdasarkan nostalgia dan sejarah. - Q: Apakah yang ditekankan oleh Noraini Ahmad tentang peranan UMNO dalam kerjasama politik?
A: Noraini Ahmad menekankan bahawa UMNO mesti menjadi parti teras yang memimpin, dan tidak hanya mengikut, dengan mengamalkan politik berani yang menetapkan garis merah dan mempertahankan nilai agama, bangsa, dan prinsip Raja berperlembagaan. - Q: Bagaimanakah sayap Wanita UMNO akan menyokong Presiden parti dalam mengemudi kerjasama politik?
A: Sayap Wanita UMNO akan terus berdiri teguh dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam mengemudi kerjasama politik.