awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO calonkan Ramli Mohd Nor pula sebagai Timbalan Speaker

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2021
12:25 MYT
UMNO calonkan Ramli Mohd Nor pula sebagai Timbalan Speaker
UMNO kini mencalonkan Ahli Parlimen Cameron Highlands sebagai calon baharu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Selepas Datuk Seri Ahmad Maslan gagal mendapat sokongan untuk diangkat sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, UMNO kini mencalonkan Ahli Parlimen Cameron Highlands sebagai calon baharu.
Menerusi perkongsian di Twitter, Ahmad Maslan yang juga Setiausaha Agung UMNO, parti itu bersetuju untuk memilih Ramli bagi memikul jawatan tersebut.
“Ini suatu rekod sejarah baharu, Ramli bakal menjadi Orang Asli yang pertama dicalon untuk menjadi Timbalan Speaker.
“Hari ini merupakan hari terakhir untuk cadangan nama Timbalan Speaker, sebelum sidang yang bakal berlangsung pada sesi Parlimen 25 Oktober," jelas Ahli Parlimen Pontian itu.
YAB PM & YB Presiden #UMNO telah keduanya bersetuju agar: YB Ramli Mohd Nor #AhliParlimen #CameronHighlands dicalonkan sbg Timbalan Speaker #DewanRakyat Ini suatu sejarah, sbg Orang Asli yg pertama dicalon Hari ini hari akhir untuk cadangan nama, sblm sidang #Parlimen 25/10/21 pic.twitter.com/Wi1cYeoUCz
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) October 11, 2021
Sebagai rekod, kerajaan perlu mencalonkan nama Timbalan Speaker kedua bagi menggantikan MP Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.
Kerajaan sebelum ini mencalonkan Ahmad sebagai calon Timbalan Speaker, sementara pembangkang menamakan MP DAP, Nga Kor Ming sebagai calon mereka.
Dewan Rakyat menangguh pemilihan jawatan Timbalan Speaker Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada sidang kali ini ke Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadual pada bulan depan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Dewan Rakyat
#Timbalan Speaker
#Ramli Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan